Hari ni hari cuti bagi warga KL. Tetapi pagi2 lagi kena keluar macam biasa juga sebab anak sekolah. Semalam tak dapat bawa Syahirah ke Kumon sbb badan saya kurang sihat kerana sore throat yang dah bengkak...sekaligus saya demam. Jadi pagi ini selepas minum teh o panas, rasa agak lega sedikit. Terus keluar seperti biasa menghantar anak2 kemudian ke DEMC utk mengambil ubat agar sakit tak melarat. Ye la nanti kesian anak2 saya sbb saya je sorang2 nak uruskan mereka. Selesai urusan di DEMC, saya membeli sarapan mihun goreng dan pulang ke rumah utk bersarapan, makan ubat dan melelapkan mata sebentar. Dalam pukul 10 saya pun memandu ke ofis utk urusan mengemas dan packing kerana ofis saya akan berpindah ke bangunan baru pada hujung bulan ini.
Bukan senang nak packing barang2 yang dah 10 tahun ni.. ye lah sejak KL Sentral dibuka, kami dah bertapak di sini jadi lebih kurang sama umur dengan KL Sentral. Dulu kat sini sunyi je, nak makan pun tak banyak kedai. Skrg ni you just name it cewah...hahaha...dan ofis pun tumbuh macam cendawan. Itulah sebabnya MRCB claim area ni Golden Triangle diorang hehehe. UEM, Axiata, SSM, Maxis IT dan banyaklah lagi semua jiran2 kami la di sini.
Berhasillah juga untuk hari ini walaupun belum habis sepenuhnya
sebelum dikemas
tadaaa...selepas mengemas
sebelum
tinggal file kosong je boleh recycle balik, kertas dah Q kat shredder
Tahniah utk diri saya bagi kejayaan mengemas hari ini hehehe :)
waaahhh sgt kemas..tahniah..tahniah
ReplyDeleteye..time kasih time kasih... I am happy. Tinggal dalam laci and bawah meja 2 kotak lagi - abis yes yes
ReplyDelete