Wednesday, February 1, 2012

Hari Wilayah

Hari ni hari cuti bagi warga KL. Tetapi pagi2 lagi kena keluar macam biasa juga sebab anak sekolah. Semalam tak dapat bawa Syahirah ke Kumon sbb badan saya kurang sihat kerana sore throat yang dah bengkak...sekaligus saya demam. Jadi pagi ini selepas minum teh o panas, rasa agak lega sedikit. Terus keluar seperti biasa menghantar anak2 kemudian ke DEMC utk mengambil ubat agar sakit tak melarat. Ye la nanti kesian anak2 saya sbb saya je sorang2 nak uruskan mereka. Selesai urusan di DEMC, saya membeli sarapan mihun goreng dan pulang ke rumah utk bersarapan, makan ubat dan melelapkan mata sebentar. Dalam pukul 10 saya pun memandu ke ofis utk urusan mengemas dan packing kerana ofis saya akan berpindah ke bangunan baru pada hujung bulan ini.

Bukan senang nak packing barang2 yang dah 10 tahun ni.. ye lah sejak KL Sentral dibuka, kami dah bertapak di sini jadi lebih kurang sama umur dengan KL Sentral. Dulu kat sini sunyi je, nak makan pun tak banyak kedai. Skrg ni you just name it cewah...hahaha...dan ofis pun tumbuh macam cendawan. Itulah sebabnya MRCB claim area ni Golden Triangle diorang hehehe. UEM, Axiata, SSM, Maxis IT dan banyaklah lagi semua jiran2 kami la di sini.

Berhasillah juga untuk hari ini walaupun belum habis sepenuhnya

sebelum dikemas

tadaaa...selepas mengemas

sebelum

 tinggal file kosong je boleh recycle balik, kertas dah Q kat shredder

Tahniah utk diri saya bagi kejayaan mengemas hari ini hehehe :)

Monday, January 30, 2012

SpaceU8

Weekend haritu sebab Abah diorang tak dapat balik jadi saya bawa anak-anak bersiar-siar di SpaceU8. Saja je nak tengok tempat baru. Lagipun Shopping Mall ini adalah Malaysia's First Eco Mall...nak tahu kena la pegi sana...area Bukit Jelutong.

Tak banyak lagi kedai yang di buka walaupun dah bertanda siapa ownernya. Setiap Ahad ada flea market kat tengah-tengah shopping mall tu. Ada panggung wayang MBO juga yang telah dibuka. Kalau pegi menonton time ni mesti tak sesak..hehehe... tapi malas nak bawak anak-anak walaupun Syahirah sibuk nak tengok movie hantu Kum Kum tu..sbb dah tahu nanti sorang-sorang nak handle diorang bertiga kat dalam tu alamat tak concentrate la dan susu pun tak bawak... kang Sofea mula buat perangai...

So kami hanya berjalan-jalan sekitarnya. Ada farmacy MyLife kalau tak silap dah buka. Fresh2u supermarket pun dah buka. A few tempat makan pun ada. Sekarang parking masih free...:)

Inilah wajah kanak-kanak nakal yang tah apa-apa reaksi diorang ni posing.

Friday, January 27, 2012

Rutin Harian

Salam. Wah dah lebih sebulan saya tak update blog saya. Saya amat2 letih lately especially bila anak dah start sekolah ni kan... ye la semua saya kena buat sorang2....huhuhu. Hari ini saya nak bercerita mengenai rutin harian saya. Seawal 5.30 pagi saya bangun utk buatkan bekal anak saya ke sekolah - bekal pagi dan petang hokay...rajinnye saya. Kemudian saya mandi dan kejutkan anak yg sulung utk mandi dan bersiap, selesai solat, saya akan kejutkan yg dua orang lagi, punya la susahnya sampai kena angkut ke toilet kdg2 tu... kemudian saya akan kemas katil, kemas tempat tidur anak2 saya dan seterusnya nak kena paksa yang masih mengantuk kena turun tangga pulak. Di bawah, kena masukkan semua brg2, beg2 termasuk anak2 ke dalam kereta... masa ni la rasa bestnye kalau rumah setingkat je tapi nak buat camne tak jumpa pulak rumah setingkat masa cari rumah nak beli. Ada pun jauh sgt. Bersyukurlah apa yang ada ye tak. Sebelum keluar kena buang sampah, pastikan semua lampu dah tutup dan pastikan kunci pintu..barulah keluar dgn hati tenang.

Selepas menghantar anak ke Kafa dan ke nursery saya akan rushing pula menempuh jam ke ofis. Kemudian startlah pulak rutin di ofis hingga ke petang. Bilik saya ada sofa, selalunya saya jarang2 tidur tapi tahun ni saya banyak juga menghabiskan masa berehat di sofa saya kerana keletihan. Sebelah petangnya after ofis saya rush balik menempuh jam pula utk ambik anak2 di nursery dan biasanya kena tunggu anak saya yang sulung tu sampai dari sekolah petangnya dgn van sekolah...dekat pukul 7pm baru dia sampai. Sementara menunggu dia sampai saya menggunakan masa yang ada utk aktiviti seperti pegi isi minyak keta ke, pegi beli lauk nak dinner ke kalau saya malas masak, pegi beli stok susu dgn dypers ke.. sempatla buat semua tu sementara tunggu dia. Kdg2 kalau jalan jam memang saya tak sempat pun nak buat semua tu sbb anak saya yang sampai kat nursery dulu dari saya hehehe.

Sampai di rumah, saya akan masukkan baju2 kotor dari nursery tadi ke mesin basuh, basuh botol2 susu diorang, angkat pakaian dijemuran kemudian kalau saya rajin saya akan masak nasi atau keluarkan lauk utk di masak se ala kadarnya dari fridge. Sementara tu kena la arahkan anak2 naik mandi dan tukar pakaian tidur. Pakaian sekolah pula kena la rendam nak basuh tgn pagi2 ... walaupun ada stok utk seminggu tapi saya biasakan basuh tiap hari. Disamping itu 2 hari sekali saya akan siram pokok bunga yang mak saya telah tanam dan semaikan...agak menyusahkan utk org yg busy macam saya huhuhu... tapi terpaksa la nak buat macamana...kang kecik pulak hati mak saya kalau dia dtg tgk pokok dah mati hahaha...

Lepas tu saya akan naik atas dan mandi kemudian solat dan seterusnya ke bawah utk sediakan makan malam sambil memesin baju2 kotor utk dijemur, utk tidak membuang masa saya, saya akan menyuap anak2 saya makan (kerana jika mereka makan sendiri mereka akan membuat sepah dan menyebabkan kerja saya berganda utk menyapu dan mengemop pula) sambil menonton berita dan pada masa yang sama saya akan menyuruh anak sulung saya menyiapkan homework sekolah jika ada termasuk homework Kumon yang memang tiap2 hari ada. Kesian anak sayakan, saya pun rasa penat apa lagi dia.... Lepas makan saya kena siapkan susu anak2 saya supaya mereka melepak2 depan TV atau sibuk bermain sambil saya lipat kain baju yg dah berangkat tadi dan siapkan semua brg2 utk esok seperti baju ke nursery, pakaian sekolah, iron pakaian kerja saya...

Belum habis lagi....kalau saya rajin malam tu juga saya akan jemur baju dan tukarkan air ikan saya sbb saya ada bela ikan emas, kalau saya malas, saya akan buatnya di sebelah pagi semasa menyediakan bekal anak saya. Selesai semua, solat Isya, saya akan berbaring dengan aman di atas tilam empuk saya dan tepat pukul 10 pm saya akan memaksa anak2 saya tidur supaya mereka tidak merengek2 keesokan paginya... kemudian jika saya masih terdaya saya akan membaca buku atau jika tak saya pun lelap sekali.

Wah... itulah rutin harian saya yang meletihkan. Wassalam :)

Saturday, January 14, 2012

I love them & I am thankful I have them

Ni la penyeri hidupku...peneman, penawar dan segalanya dalam hidupku... Merekalah penghibur tika duka, peneman bicara tika kesunyian, penghilang letih ketika penat, penyibuk tika tak diperlukan...dan banyak lagi........hehehe. I am lucky to have them. Thank you Allah.




Friday, January 13, 2012

Finally - 12/01/2012

Yup... from Nov, Dec and now Jan, finally the end of the birthday celebration for my kids till end of this year pulak... wohaa... 1 birthday require 3 presents.. pengsan oi..

Luckily aku ajar anak-anak bersederhana kalau tak mau mampus jugak nak birthday celebration bagai hahaha... cuma kasi la kek kat kawan2 diorang merasa itu je la kot, kalau weekend jatuhnya, kasi la kat jiran2 heeee :)...dapat amal sedekah ye dak.

Tak banyak nak snap gambar maklumla musim anak baru masuk sekolah ni penat lain macam hehehe, semalam tukar selera la sikit pegi beli pizza, lasagna tapi last2 bagi Syahirah bawak bekal jugak pizza tu lepas panaskan semula sebab tak habispun makan..

ni lah bila anak dah pandai demand nak kek macamana, sebenarnya nak yg ada angry bird, doraemon tapi dah ni je ada, terima jugak...bagus anak2 aku ni hehehe


hadiah kat belakang tak nak lepas takut dua lagi tu rembat walaupun masing2 dah dapat hadiah hehehe tapi biasanya yg sambut bday la yg paling mahal hadiahnya .. ye tak, tah la tu la cara aku

sibuk nak patung je last2 kek makan pun 1 suap je

Selamat ulang tahun Alyeeya, semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat AMIN


Tuesday, January 10, 2012

At the end and the beginning

Ha..sebab dah lama tak update sebab tu kena kasi title cam tu. Ye la being a supermak is not an easy job heee..... The end of the year we have Syahirah Birthday celebration which is on 31st Dec. Baru masuk 6yrs dah nak masuk sekolah sian dia... Luckily manage to get the Angry Bird cake seperti mana yang diidami oleh dia. Beli la juga belon bagai sbb dah adik2 pun sibuk nak belon. 

malam sebelum sambutan heh..

awal lagi dah banyak yg meletup hiii...

 kek

tengokla siap dengan baju angry bird juga

 finally the Birthday gurl

Tamat cerita Birthday celebration yg hanya ala kadar seperti biasa. Start School punya cerita pula. 4 Jan sekolah start jadi pagi lepas hantar si kecik 2 orang tu, terus la ke Kafa menghantar Syahirah. Ustaz message pukul 7.30am kelas tapi pegi tengok tak de sape pun... first day kot. Tunggu la kat situ and finally sedikit demi sedikit parents pun datang bersama anak2 masing2. Ye la majority is the Sek23 residents, rumah dekat je...bila la agaknya AI nak ada sekolah huhu

 awal2 tak de sape la...Kelas ada 3 dari tahun 1 - 3, sesi pagi

dapat kawan baru. semua tahun 1 ada 18 orang, ramai la juga 

Transportation dari Kafa ke Nursery is RM20 (balik sahaja)... dekat tapi mahal jugak kiranya. Tak pe la asal anak selamat. Lagipun driver bagus..responsible, itu yang penting. Balik dalam pukul 10.30am jadi sampai Nursery boleh la rehat, makan mandi utk ke sekolah petang pula.

Sekolah sesi petang naik van pula, RM40 pegi balik direct dari Nursery ke SKS19 jadi senang la sikit tak risau awal sgt atau lambat sgt ambik dan hantar sebab memang khas Nursery - SKS19 - Nursery. For the time being memang diorang berempat je naik van. 2 Tahun 1 (termasuk Syahirah) dan another 2 dari Tahun 2 dan Tahun 3.

Sian jugak tengok budak2 sesi petang, ye la panas...sampai kena ke ASTAKA tempat diorang assembly before masuk kelas. Lagipun sesi pagi belum selesai jadi kena la beratur ikut kelas everyday kat Astaka ni. Sekolah sesi petang 1.15pm - 6.35pm ... lamanya mak ai...


wajah budak baru masuk Darjah 1... :)

Hari pertama kena la ambik hantar dulu sbb transport pun masih belum sempurna perjalanan dan pengambilan. Hari kedua dah boleh ajar kenal driver dan transport. Hari ke tiga monitor je dari jauh. So far driver either Kafa dgn SKS19 ni ok la, bertanggungjawab. Dari Kafa tu tak risau sgt sebab 1 transport je masa balik. Dari SKS19 yang agak risau awalnya sbb ramai sgt. Luckily Van driver tu hantar sampai ke gate dan tunggu kat tepi gate...Tahun 1 ada gate khas untuk keluar so senang sikit nak monitor. Awal2 memang exhausted sgt sebab waktu rehat pun g monitor walaupun dah kasi bekal takut ramai sgt kat kantin. Tapi semalam dah pandai pun g membeli sendiri.....heeeee... ok la tu kan.

Itulah sedikit cerita The end and the beginning of the 2012....



Friday, December 30, 2011

2012 & Syahirah masuk Tahun 1



Wah hari ini last day bekerja dan semua org akan bercuti tahun baru. Utk parents yg ada anak nak start school like me lagi la kena ambik cuti hehehe... Semalam sebenarnya dah cuti 1 hari sebab Syahirah dah start school orientation. Hantar ke SKS19 senang, dekat dengan Nursery. Memandangkan dia sekolah Tahun 1 sesi petang jadi sekolah agama kena la waktu pagi kan. Register kat Kafa Integrasi sek23, utk memudahkan sebab dekat dengan nursery juga. Jadi next week saya akan bercuti panjang untuk monitor anak saya dan transportnya ke Kafa dan ke Sekolah Kebangsaannya.

Oh ya berbalik kepada minggu orientasi Syahirah semalam, buat ulung kalinya saya tak sempat nak tangkap gambar, sebenarnya segan sikit sebab ramai org hehehe... lagipun saya sorang je En Suami tiada. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pagi2 lagi saya dan Syahirah dah terpacak kat Kantin sekolah dan semak senarai nama untuk tahu kelas mana. Lepas itu kami berdua pun makan breakfast kami yang di beli di 7-11 iaitu roti dan ribena hahaha....Malangnya Syahirah telah mencomotkan bajunya dengan tumpahan air ribena dan membuatkan saya agak geram kerana belum apa2 sudah kotor baju huhuhu...Lebih kurang 8.15am, murid2 beratur di tapak perhimpunan mengikut kelas dan di bawa ke kelas masing2 untuk sesi ujian menentukan kelas sebenar, sementara itu parents pula diberi taklimat di Dewan Sekolah.

Dalam taklimat parents baru saya tahu bahawa mengikut statistik sekolah, tahun ini adalah paling ramai kemasukan tahun 1 dan kelas menjadi begitu pack sebab kelas tahun 1 hanya ada 6 kelas manakala yang mendaftar dari asal 240 menjadi lebih kurang 270 pelajar. Sekarang sudah tiada sesi ujian untuk menentukan penilaian anak2 dapat nombor berapa etc. Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan sistem KSSR...sekarang penilaian tahap anak ditentukan sendiri di dalam kelas oleh guru2. Sistem ini mempunyai 6 tahap iaitu B1 sehingga B6. Maknanya B1 tu utk anak2 yang belum tahu apa2 dan mereka akan dipindah2kan dalam masa setahun tersebut mengikut pencapaian dan pemahaman serta kemahiran mereka di dalam kelas sehingga ke B yang seterusnya. Jika murid berada di level B6, mereka adalah murid yang cemerlang (A/A+)... Pada pendapat saya bagus juga kerana jika murid lemah dia akan diberi perhatian sewajarnya dan jika katakan murid di kelas yang B4, dia masih boleh diturunkan ke B3. Jadi parents akan tahu di mana kelemahan anaknya. Selain itu pada pendapat saya, anak2 dapat bergaul dengan lebih ramai kawan kerana sentiasa berpindah2 kelas tapi masih dalam tahun yang sama dan kemungkinan mereka mengenali the whole tahun 1, wow..betul tak...Ye la think +ve kan. Untuk UPSR pula, nanti 60% adalah penilaian bertulis dari Kementerian Pelajaran manakala 40% pula contribution penilaian dari sekolah pelajar. Macam style Universiti pula rasanya dibahagikan kepada pecahan2 bermakna exam tu tak sepenuhnya contribute utk marks ada pecahan lain yang boleh membantu.

Selepas taklimat parents diminta beratur mengambil buku teks murid dan buku serta rekod kesihatan untuk pelajar. Siapa yang masih belum membeli buku sekolah juga boleh ke kedai buku sekolah. Sebab En Suami dah beli haritu saya tak ada la berebut nak ke kedai buku, tapi kena juga pergi kerana ada 2 buku tak dapat haritu sbb kehabisan stok. Dah selesai semua, parents pun menunggu anak2 yang di bawa tour keliling sekolah oleh guru mereka. Kantin pun buka, ye la mestilah dapat hasil jualan time macam ni. Ada jual mee goreng, air, entahla apa lagi sebab saya tak pun pergi membeli, hanya nampak orang beli.

Selepas itu balik rumah untuk lunch, solat, rehat sekejap dan kemudian petangnya berjumpa pula Ustaz di Kafa untuk bayaran pendaftaran, buku serta yuran sekolah Kafa, semuanya RM181. Selesai barulah saya pergi mencari baju sekolah agama (baru nak cari). Yang lain semuanya telah disettlekan oleh En Suami masa dia balik haritu. Merata juga la kami terjah termasuk kedai Canggih malangnya semua size besar sebab dah last minute cam ni size pun susah nak dapat la, at last kat Carrefour Sek23 jugak dapatnya hahaha...tengok tu punya la pusing merata tempat yang dekat jugak yg dapat :P.

Itu sahaja la cerita saya. Selamat Tahun Baru semua.

Tuesday, December 27, 2011

Nearly A New Year

Macam apa je tajuk post aku hehehe...sebenarnya tak de mood tu la pasal dah lama jugak tak update blog. Panas sungguh isu tentang Tadika Dian tu hehehe... Hmm.... menghabiskan cuti Krismas yg asalnya plan nak ke JPO tapi cancel sbb hubby kena keja....kalau tak, boleh la jugak berjumpa hubby di JB, dah dekat la pick up hubby yg masih belum habis2 di Singapore tu.

Semua persediaan sekolah anak2 dah settle. Transport sekolah pun dah settle. Lencana pun dah berjahit di baju sekolah tinggal uminya je yg malas nak iron..Duduk tak duduk next week sekolah dah start. This Thursday orientation dah mula. Hmmm... kejap je kan.... Tak tahulah samada Syahirah boleh survive sekolah agama in the morning and sekolah biasa petangnya...kesian pulak tgk budak2 zaman skrg...dulu aku tak pun cam tu, 1 sesi sekolah je. Bab mengaji Quran g rumah org yg mengajar mengaji tapi tak la tiap2 hari sbb ada kelas lain juga macam kelas komputer, kelas muzik, tuisyen...hmm..... I hope she can survive it no matter how... even as an adult pun aku yg rasa letih. Kita tengoklah macamana nanti....

Thursday, December 15, 2011

Announcement - Dian Kindergarten in Alam Impian, Shah Alam


Actually this announcement was made at my comment column in one of my post which is Syahirah's Convocation Day. Thus I am just helping my friend here to advertise it through my blog. 


This Kindergarten is the first one in Alam Impian Shah Alam. Those especially new owners such as Nukilan Phase 2, Canting 3, 4, Ukiran ... and who resides near this area, you are welcome. Cewah, as if I am the kindergarten owner pulak ... sorry Dian's owner...here it is.


Dian Kindergarten recognizes that children learn in different ways and that each child is an individual with special talents. Dian adopts the Multiple Intelligence framework developed by renowned educational psychologist Dr. Howard Gardner (1993), which is based on the belief that intelligence can come in many forms. At Dian, we provide opportunities for children to use and develop all these different intelligences. Dian Kindergarten is part of the Dian School group with a brand new Primary School opening in Alam Impian, Shah Alam in 2013. Come to our Open Days on 26Nov, 3rd, 10th and 17th Dec from 9am to 3pm. We are located at No. 1, Jln Tun Teja 35/23 Alam Impian 40470, Shah Alam Or call 03 7726 6658 or 012 7726 589 to make an appointment. Email enquiries to: enquiries@dianschool.edu.my Website: www.dianschool,edu.my

There is a Grand Kenduri will be held on 18th (Sunday) at Tadika Dian. 5% discount is given for those who register on that particular day. All are welcome to make this event more meaningful. Door gifts and foods are prepare just for you. So come together and make this a success for us and your child! 

Note : Dian's owner - if you provide Daycare as well, which is preferable in Alam Impian and your fees is not that expensive, I will consider mines for 2013 hehehe :P, As for now I am sending all my 3 daughters to Sek23 Daycare for a good reasonable fees :), my other 2 will be joining pre school in 2013.

Nasihat kepada pemandu kereta di Malaysia

Tiap-tiap hari memandu melalui Federal Highway, memang sesak, banyak kereta but still moving slowly so it's Ok with me as long as it is moving :) and as long as aku tak lewat ke ofis. I notice (actually dah lama notice) car owner di Malaysia rajin dan kreatif, berseni belaka. Siap hias dashboard kat belakang dengan cushions, flowers, toys and tak ketinggalan yang menggelapkan cermin (tinted) dgn peratusan gelap yang rasanya tidak approved by JPJ. Sepanjang aku buat R&D sambil drive hahaha ... sempat lagi tu, aku dah tahu kenapa pihak berkuasa tidak menggalakkan perkara sebegini.


Kalau penuh segala toys, cushions, flowers kat dashboard belakang tu, pemandangan driver melihat melalui cermin belakang memang terganggu. Tapi lebih tergganggu ialah driver di kereta belakang kerana cannot see ahead. Jarak pemanduan menjadi terhad. Begitu juga kalau cermin di tinted dengan peratusan yang tidak dibenarkan. Nak reverse parking pun kena turunkan cermin driver. Apa lagi kalau kereta lain yg mengekori dari belakang. Jarak pemerhatian pemanduan driver yg mengekori dibelakang juga menjadi terhad macam bila kita drive depan kita ialah lori atau bas...haaa...lebih kurang cam gitu la. Memang la selalu terpampang display 'Jangan ekori kereta didepan terlalu dekat' atau 'Jarakkan pemanduan anda'..bla...bla tapi most of the time kat Federal tu memang tail to tail...

Satu lagi pemandu-pemandu yg malas mandi pagi... haaaa...ini memang wujud sbb kalau kat ofis memang jumpa org2 camni..faham2 sendiri la ya. Sila la mandi pagi kerana ia akan lebih menyegarkan anda bukan sahaja menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Lagipun ini Malaysia la - panas walaupun musim hujan...bukan kat Europe ke.... Ada beberapa kes aku dah saksikan sendiri, kerana kemalasan mereka ini mandi pagi, dengan keadaan jalan yg sesak dan slow drive dia sendiri langgar org depan sbb dok berangan atau mengantuk hahaha....


OKlah... sekian celoteh pagi yg tak berapa nak pagi dah ni..maklumla priority kerja di utamakan cewah

Related Posts with Thumbnails

Nur Syahirah

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Syafirah Alyeeya

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Nur Syakirah Sofea

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers